Pengenalan


HR GARAGE & DESIGN (HRGD) adalah sebuah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada tahun 2019. Mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi pembekal dan penyedia perkhidmatan terbaik setanding dengan bangsa asing yang menguasai bidang rekaan, percetakan, pengurusan program, insuran kenderaan bermotor, pembekal barangan kenderaan dan aksesori kereta.


HR GARAGE & DESIGN (HRGD)  juga turut dikenali dengan HR GARAGE (HRG) atau HR DESIGN (HRG) atau HR CONSULTANT (HRC). Nama yang dinyatakan adalah antara nama yang digunakan sebelum syarikat ini berdaftar.

HR GARAGE & DESIGN menyediakan khidmat nasihat untuk syarikat bumiputera atau usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan dan memberi tunjuk ajar kepada perniaga bumiputra tentang pengurusan perniagaan yang Berjaya dan sesuai untuk masa kini.

HR GARAGE & DESIGN juga menyediakan perkhidmatan pereka grafik, menyediakan aturcara program/majlis dan percetakan. Selain itu pihak syarikat juga menyediakan pelbagai insuran bermotor dan pembekal baranagn aksesori kenderaan baru dan terpakai.


HR GARAGE & DESIGN adalah mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali. Syarikat ini dibangunkan oleh seorang anak muda dari Johor yang mempunyai semangat dan keyakinan untuk memajukan diri dan menaikkan nama perniagaan dan usahawan melayu yang mampu setanding dengan orang lain di dalam masyarakat luar.


Comments

Popular Posts