Objektif HR Garage & Design


Objektif utama syarikat adalah :
  1. Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan.
  2. Pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan penggarapan nilai murni di antara pembekal dan para pelanggan.
  3. Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
  4. Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
  5. Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian bekalan agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan dengan segera.
  6. Memastikan pulangan pendapatan yang berterusan untuk mengukuhkan dan menstabilkan syarikat dalam setiap projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat.
  7. Mempromosikan dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat kepada orang awam dengan lebih agresif.
  8. Memberi perkhidmatan penilaian, informasi, pengurusan perniagaan/program dan pembangunan perniagaan/program yang berkualiti secara berterusan.
  9.  

Objektif ini adalah selaras dengan usaha kerajaan Malaysia dalam melahirkan generasi usahawan yang agresif lagi prihatin menuju ke arah "Wawasan 2020" dan juga membina "Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB)" 

Comments